Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Rabu, 21 November 2012

Tianjin: Menaiki Bullet Train dan Sehari di Kota Moden

Anda pernah naik bullet train? Bullet train ini amat laju. Ia boleh bergerak selaju 300-320 km sejam. Pantas, kan? Apakah rasanya menaiki keretapi laju ini? Bullet train ini boleh dinaiki dari Beijing ke Tianjin. Jarak sejauh 117 km ini boleh didatangi dalam masa 30 minit sahaja. Rasa macam tak percaya, kan? Tapi inilah teknologi yang berani dilakukan oleh China. Keretapi ini telah mula dioperasi sejak tahun 2008 dan ia keretapi paling laju di dunia. Ia mengurangkan masa dalam perjalanan.

Bullet Train dari Beijing ke Tianjin - cuma 30 minit perjalanan


Untuk itu saya merancang ke Tianjin bersama dua orang kawan, Asrul dan Syafiqa. Kami mengambil keretapi itu di stesen keretapi Beijing Selatan (Beijing Nan) pada pukul 9.30 pagi. Tiket berharga 55 yuan (RM27.50) dibeli ketika itu juga iaitu 10 minit sebelum keretapi bertolak. Ketika kami menuju ke platform yang disediakan di bahagian bawah kami dapati keretapi itu sudah sedia menunggu. Kepala keretapi itu berbentuk peluru dan ia bergerak pantas sepantas peluru sebab itulah ia dipanggil bullet train.

Keadaan di dalam bullet train ini amat amat berbeza dengan keretapi kelas bawahan yang saya pernah naiki ke Mongolia Dalam dan Xi’an dahulu. Kalau keretapi kelas bawahan itu sesak, tidak selesa dan tandasnya tidak bersih, namun bullet train amat moden dan bersih. Kami merasa amat selesa duduk di kerusi di dalam gerabaknya. Kami dapat duduk di gerabak depan iaitu di belakang pemandu. 

Keretapi itu bergerak dengan pantas. Di skrin terpampang kelajuan keretapi itu bergerak, bermula dari 90, 120, 180, 280 hinggalah ke 340 km/jam. Terdapat juga suhu di dalam dan di luar keretapi. 

Di dalam keretapi, saya membeli cenderamata rantai kunci berbentuk bullet train berharga 10 yuan (RM5) sebagai kenang-kenangan.

Keadaan dalam bullet train dari Beijing ke Tianjin yang selesa

Kami sampai pada 10 pagi di Tianjin. Cepatnya! Kepantasanya amat mengagumkan kami.


Sarapan Halal di Tianjin

 

Sesampainya kami di Tianjin kamu terus menuju ke sebuah kompleks yang letaknya betul-betul di hadapan stesen keretapi Tianjin. Di dalamnya kami jumpa sebuah restoren halal yang menjual makanan kegemaran kami iaitu lam mien (mee tarik). Kami juga diajak oleh tuanpunya restoren itu yang beretnik Hui makan di situ. Kami amat gembira dengan sambutan itu, lalu memesan makanan kegemaran kami itu. 


Mee tarik ini kebiasaannya dibuat oleh pengusaha restoren beretnik Hui yang semestinya beragama Islam. Kebanyakan mereka berasal dari Lanzhou dan Gansu. 

Untuk membuat lam mien ini, mereka menguli tepong, memusing-musingkan, menarik-nariknya dan mengoncang-goncangkannya. Seperti silap mata, tepong yang tadinya beku kini pecah menjadi tali-tali panjang yang dinamakan lam mien atau mee tarik! Mee ini kemudiannya diletakkan sup yang bercampur daging lembu dan sayur-sayuran. Ia dinamakan niuro lam mien atau mee tarik daging lembu. Sedap! 

Tepung diuli dan digentel panjang-panjang

Doh yang lembut dipilin dan diputar-putarkan

Doh itu lalu digoncang-goncangkan dan ditarik panjang-panjang hingga terbelah

Doh tadi menjadi tali-tali yang panjang yang dinamakan lam mien

Ia lalu dicelur ke dalam air yang mendidih

Sayur-sayur dan daging lembu dimasukkan ke dalam mee ini

Lamien yang dipesan sudah hampir siap

Niuro lamien yang siap untuk dimakan...Hmm sedapnya!!!

Jadi kalau anda ke China, jangan lupa menikmati niuro lamien ini! Ia terdapat di restoren halal di serata China. Selain daging lembu ada juga mee tarik daging kambing yang dikenali dengan yangro lamien!

Asrul bergambar dengan peniaga/pembuat  lamien di hadapan stesen keretapi bawah tanah di Tianjin



Kota Tianjin

 

Bangunan di Tianjin

Kami dapati bandar Tianjin amat berlainan daripada Beijing. Tianjin kelihatan lebih tersusun dan kemas. Sampah dan debu-debu juga amat kurang berbanding dengan Beijing yang penuh sampah yang dibuang merata-rata dan udaranya yang tercemar. Langit juga biru dan cerah berbanding dengan langit di Beijing. Kami terasa seolah-olah berada di sebuah negara lain!

 

Membeli-belah di Gu Lou Dong

 

Gu Lou Dong


Selepas makan, kami menaiki bas 824 ke Gu Lou Dong. Di sini kami lihat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan, pakaian dan kasut. Harganya murah. Oleh kerana Tianjin terletak berdekatan pelabuhan maka banyak barangan yang didatangkan dari luar negara terdapat di sini. Di sini kami membeli pashmina (selendang) yang berharga antara RM5.00 hingga RM15.00 dan cadar katil bujang berharga RM25.00.

 

Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural Street) 

 

Budak penjual roti dan buah-buahan ini membawa kami ke Lorong Budaya Purba


Setelah membeli-belah di situ kami berjalan kaki menuju ke satu tempat membeli-belah yang popular di Tianjin iaitu Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural Street). Oleh kerana kami tidak mengetahui tempat itu dengan tepat, kami minta seorang budak penjual buah-buahan dan roti membawa kami ke sana. Budak ini beretnik Uyughur dan beragama Islam. 

Lorong Budaya Purba

  
Di Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural Street), kami dapat melihat Tianjin purba, kedai-kedai tua dan lorong-lorong.

Putu beras yang dijual di Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural Street).


Ingatkah anda pada Sichee, gadis 16 tahun yang kami kenali semasa menaiki unta di Gurun Kubuqi? Sichee telah menjadi kawan baik kami dan dia telah menemui kami di Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural Street) dan membawa kami membeli-belah di sebuah pasar dan makan-makan.

Sichee membawa kami membeli-belah di sebuah pasar


Masjid Besar (Qingzhendasi) 


Setelah hampir petang, Sichee pulang. Kami kemudiannya ke Masjid Besar (Qingzhendasi) dengan menaiki beng beng (beca bermotor). Masjid ini letaknya di Jalan Dafeng di daerah Hongqiao dan tidak jauh dari Lorong Budaya Purba. Masjid ini besar tapi sayang amat kurang orang yang datang mengerjakan solat di situ.  


Masjid Besar Tianjin
Kami solat jamak dan menunggu solat maghrib. 

Muezzin dan Imam di pintu masuk masjid sedang bersiap sedia untuk melaungkan azan maghrib

Tidak lama kemudian, imam dan muezzin datang lalu melaungkan azan di muka pintu masjid. Saya pun masuk ke ruang solat wanita dan menanti solat maghrib secara berjemaah.

Tetapi tunggu punya tunggu punya tunggu, tiada kedengaraan suara imam atau iqamat. Saya pun solat sendirian. 

Apabila selesai solat saya dan Syafiqa memanggil Asrul yang sedang berbual-bual dengan 3 orang jemaah lelaki di ruang solat lelaki. Rupa-rupanya dia juga menunggu solat berjemaah tetapi kemudiannya dia mendapat tahu bahawa solat maghrib sudah selesai. Tiada solat jemaah. Imam dan muezzin solat sendirian. Begitulah cara orang di sini solat. Bagi kita dua orang sudah boleh untuk solat jemaah tapi tidak bagi mereka. 

Gerbang Masjid Besar Tianjin


 Wudadao (The Fifth Avenues)


Setelah menunaikan solat, kami bertiga ke sebuah kawasan bandar yang mempunyai ciri-ciri Itali dan Eropah. Ini disebabkan Tianjin dahulu pernah dijajah barat pada sekitar tahun 1800. Tempat ini dikenali sebagai Wudadao atau Fifth Avenues. Ia terletak di Bandar Tianjin di bahagian selatan. Ia berkeluasan kira-kira 1,000,000 meter persegi. Di sini kita boleh lihat bangunan British, Peranchis, Itali, Jerman dan Sepanyol yang dibina pada 1920an dan 1930an. Stail senibina yang berwarna-warni dari gaya Renaissance, Greek, Gothic dan Carson menarik minat kami untuk melihat dengan lebih dekat. Terdapat juga vila-vila yang bercitarasa kolonial. Berjalan-jalan di sini seolah-olah melihat kilasan benua Eropah. 

Sebuah bangunan yang terdapat di Wudadao



Malam di Tianjin


Pemandangan cantik ini  terdapat tidak berjauhan dari stesen keretapi bawah tanah Tianjin


Pada waktu malam kami dapat melihat persekitaran bandar Tianjin yang modern dan pemandangan malam yang cantik.


Lampu dipasang pada bangunan di pinggir sungai di Tianjin

Pada malam itu juga saya pulang menaiki bullet train ke Beijing. Tiket saya beli dengan mudah dan diperolehi sepuluh minit sebelum bertolak. 

Sehari di Tianjin sudah cukup untuk saya mengetahui keadaan dan suasana kota Tianjin yang moden.


27 ulasan:

  1. Kembara cuma sehari... Memang kalau ada yang memandu kita, cepat je boleh cover sesuatu tempat.

    Bullet train... pernah naik dari Tokyo ke Kyoto, memang laju dan selesa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mie,
      Sehari sudah cukup untuk mengenali Tianjin dengan sepintas lalu, tetapi kalau ingin melawat tempat-tempat lain di sini ada banyak tarikan lain yang dibuat secara moden dengan bauran sejarah purba. Di sini juga ada tembok besar yang fungsinya sama dengan Tembok Besar di Beijing.

      Kawan-kawan yang boleh berbahasa China juga memudahkan kita untuk menuju destiniasi yang kita ingini di China.

      Tentu Mie seronok menaiki bullet train di Jepun, tambahan pula Mie boleh berbahasa Jepun.

      Padam
  2. Salam Yong

    Kalau Yong ambik video cara buat mee tu lagi best...hehe...
    Bullet train tu....ish...bile ler keme nak naik ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Teman tak ambil video cara buat mee tu, sebab teman malas nak edit he he he.

      Kalau Yong ASP minat nak belajar buat mie ni, boleh datang belajar di Beijing. Ada kelas belajar buat mee ni.

      Teman harap Yong boleh naik bullet train suatu hari nanti.

      Padam
  3. Wah bestnya dapat naik bullet train!
    Lepas tu makan mee yang fresh dr dapur!
    Unik sungguh pengalaman akak.
    Kota tianjin ni mmg sangat cantik dan unik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Janggel/Rain,
      Pertama kali naik bullet train memang best...belum panas tempat duduk dah sampai.

      Mee fresh dari dapur memang terbaik! Lam mien dibuat selepas kita pesan. Siap dalam masa 10 minit! Rasanya sedap. Lembut dan perut tidak rasa berangin. Tidak seperti mie kita di Malaysia yang dicampur air abu yang membuatkan perut kita berangin.

      Kota Tianjin cantik dan nampak berlainan dari Beijing.

      Padam
  4. Salam Yong..nekcik ingatkan mee tu cuma untuk pertunjukkan je..rupanya mmg kna buat camtu ye!!! kalaulah ada rezeki nekcik ke Beijing..nnti nak cuba rasa..insya Allah

    BalasPadam
  5. Menarik sungguh sungguh pengalaman ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kak Mah,
      Saya baru perasan ulasan Kak Mahh selama ini duduk dalam Spam. Tapi saya dah masukkan ke sini.

      Kak Mahh rasa pengalaman ke Tianjin ini menarik? Sebenarnya banyak perkara baru yang saya belajar apabila ke Tianjin ni.

      Padam
  6. Salam Nekcik,
    Mee tarik ini memang dibuat begitu. Macam magic, diuli-uli, dipusing-pusing, ditarik-tarik, lepas tu jadi tali panjang-panjang! Magic! Orang membuatnyanya memang mahir. Selalunya lelaki. Tak pernah lagi saya tengok perempuan membuatnya. Rasa mee ni memang sedap. Don't miss this!

    BalasPadam
  7. salamualaik, first time singgah nih.

    besnya p china..naik bullet tren tu tak muntah ker??he3

    salam ukhuwah dr ambo..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Sayangku Raihana,
      Terima kasih singgah di blog ini dan meninggalkan ulasan.
      Naik bullet train tak muntah sebab ia amat selesa dan tak rasa sebarang gegaran. Keretapi juga bergerak lurus dan tidak ada belok-belok. Tidak terasa jaraknya jauh kerana ia sampai dalam masa 30 minit, tak sempat panas tempat duduk pun :)

      Salam ukhuwah juga.

      Padam
  8. Salam..bila baca trip tips ke Cina ni...teringin pulak nak ke sana for next plan...anyway..salam perkenalan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan Muhammad Has1deen. Terima kasih kerana sudi baca dan meninggalkan ulasan di sini. Saya harap entri saya di blog ini sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan Muhammad Has1deen nanti. Has1deen nak travel sorang ke?

      Janganlah serik melawat blog ini, ya.

      Padam
  9. best best best giler blog ni.....berjya buat saya jeles gn tt blog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fauzi,
      Terima kasih kerana sudi singgah, baca dan meninggalkan ulasan di sini :). Jeles yang baik tak apa, kan?

      Padam
  10. susah la kalo cakap depan stasion keretapi..sy sesat ky stesen tuh turun naik taktau mana depan mane belakang..mane atas mane bawah.besar ya amat..pastu umat manusia bersepah..pening..

    kenapela tak kuar entry sblom sy g beijing dulu tuh..bnyak tmpat best nmpaknye kt tianjin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr shah_rule,
      Memang stesen keretapi di sini besar-besar belaka. Mega! Gigantic. Lebih-lebih lagi Beijing West Railway Sation, setiap kali pergi saya selalu tak jumpa pintu masuk. Yang di Tianjin tu kebetulan je, sebaik-baik saja kami turun di stesen Tianjin, terus kami jumpa pintu keluar, lepas tu terus nampak kedai makan halal. Alhamdulillah. :)

      Entry ini baru keluar je, sebab sayapun baru pergi ke Tianjin. Dr Shah_rule pergi lebih dahulu dari saya :). Saya baca blog Dr ke Tianjin dulu sebelum saya ke Tianjin :)

      Padam
  11. hahahahaha...saya pun hadapi masalah sama dgn shah-rule,kat tianjin tatau mana dpn mana blkg stesen ketapi tu...time sampai arah lain...bila balik mcm arah lain...dah la spatah haram tatau speking chinese.....nak amek teksi ke epot puas kena buat bahasa isyarat nak ke airport.....huhuhuhu....nasib baik tak terlepoas flight

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fauzi,
      Masalah Fauzi pun sama juga dengan masalah yang saya alami di China ini. Dahlah stesen dia besar-besar, signboard tulis China belaka..nak speaking (English) takut mereka tak faham...biasalah tu. Tapi kalau peramah sikit, biasanya ada je yang nak menolong. :)

      Padam
  12. Salam Prof :) ,

    saya ahad ni 22 dec ni akan bercuti di beijing bersama family smpi 27 dec , tapi skrg saya tgk di weather beijing belum turun snow tapi di tianjin dah turun dari semalam , harapan kami tulah teringin sngt2 nak pgg real snow tu yg nk singgah di tianjin kejap memandangkan beijing - tianjin 30 minit je hehe , kami tggl di Beijing Longdinghua Hotel tgk map mcm tak jauh sngt dgn station , agak2 mudah tak beli tiket bullet train di beijing south railway station ? ingt hari kedua tu pagi2 lps subuh gerak kt railway station sbb start tengah hari tu dah ada aktiviti dgn tour guide di beijing jadi tak boleh lama2 di tianjin , dtg tianjin ambil gmbr dgn snow jalan2 di kompleks yg Prof nyatakan tu boleh makan me tarik skali hihi , lps tu rus balik ke beijing , tulah sya cuma risau takut sesak dlm station keteapi tu , teksi di beijing murah tak Prof ? Ingt dri hotel nk trus dia hntr ke stesen kereta api

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Fuad,
      Bestnya pergi tengok snow di Tianjin.

      Amat mudah beli tiket Bullet Train dari Beijing South Station ke Tianjin. Sebabnya ia ada banyak trip, sejam sekali (kalau tak silap saya). Cuma penjual tiket di kaunter tak tahu cakap English. Tapi tak apa..tuliskan perkataan Tianjin dalam tulisan China, dan waktu nak pergi. Nanti boleh tengok pada skrin komputer penjual itu di kaunter. Bila sampai di Tianjin, keluar je pintu station boleh nampak kompleks perniagaan, dalam kompleks itu ada kedai-kedai, kedai halal lammien itu ada di sebelah kanan. Bolehlah try. Best! Lepas tu kalau ada snow, bolehlah main, tangkap-tangkap gambar. Nak balik Beijing semula pun boleh lepas tu.

      Teksi tak mahal. Lebih kurang harga teksi di Malaysia je. Guna meter. Cuma pemandu teksi tak tahu cakap English. Jadi kena tulis siap-siap alamat dalam tulisan China. Beijing South Station disebut "Beijing Nan Zhan". Tapi intonasi kena betul, ikut telor Mandrin Beijing tau!

      Padam
  13. Ya Allah , Terima Kasih bnyk2 Prof di atas info yg sngt bermakna barulah saya rasa yakin sikit nak pergi hihi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuad,
      Tadi saya tersilap, saya kata keretapi (bullet train) ke Tianjin ada sejam sekali, tetapi sebenarnya lebih kerap daripada itu, iaitu ada yang setiap 15 minit, ada yang setiap 10 minit sekali, malahan 5 minit pun ada.
      Ini Tianjin dalam tulisan China 天津;
      Ini Beijing South Station dalam tulisan China 北京南站; ( Běijīngnán Zhàn)
      Tunjukkan passport semasa beli tiket. Untuk tiket keretapi kena sebut: chē piào.

      Dah tangkap gambar nanti hantarlah pada saya ya :)

      Padam
    2. Alhamdulillah , In sya Allah Prof. Terima Kasih bnyk2 :)

      Padam
  14. assalamualaikum.. saya akan ke tianjin ahad ni melalui beijing naik keretapi.. mujur terjumpa entri ni... terima kasih.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Amin. Nak ke Tianjin Ahad ni? Wow bestnya :D Mungkin Amin dapat pengalaman yang lebih menarik dari saya.

      Ikutilah juga panduan menaiki keretapi Beijing yang saya tulis baru-baru ini.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...