Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Ahad, 10 Januari 2016

Restoren Makanan Cina Muslim | Mohd Chan Abdullah

K alau saya ke Kuala Lumpur dan diketahui oleh kenalan saya yang tinggal di sana, mereka selalunya mahu berjumpa saya. Selalunya pertemuan diadakan di restoren.

Baru-baru ini mereka bawa saya makan malam di sebuah restoren Cina Muslim yang terletak di Taman Melawati.

"Sedap juga!" kata mereka yang cadangkan itu.

"Apa yang sedap itu?" 

Jom tengok!

Inilah restoren yang dimaksudkan. Letaknya di Taman Melawati
Dalam restoren Mohd Chan Abdullah - Makanan Cina Muslim

Saya pun meneliti menu yang diberikan. Macam-macam pilihan dari minuman, makanan laut, itik panggang, nasi, sup, mee sehinggalah kepada snek.

Sirap Bandung Cincau, Ribena Laici, Limau Asam Boi, Kedondong Asam Boi.....

Terdapat pelbagai menu dari set nasi, mee, makanan laut, sayur-sayuran, daging, sup dan snek

Makanan lautnya pula membangkitkan selera ~ Ada Kam Heong Lala, Seong Tong Lala, Homemade Yam Ring Masak 'Koh Boh', Ketam Masak Kam Heong, Sotong Merah Masak 'Kong Boh', Stim Siakap Cheong Zheng, Udang Goh Jin Special...aahhh macam-macam yang belum pernah saya cuba.

Nasinya pula ada macam-macam : Ada Nasi Ayam Mohd Chan Abdullah, Nasi Ayam BBQ, Nasi Itik, Nasi Goreng Nenas, Nasi Goreng Kam Heong, Nasi Goreng Yong Chow...hmm yumm yumm...


Meenya pula dari Mee Kari, Sizzling Yee Mee, Loh Mee Sup, Wantan Mee Roasted Itik, Kantonis Ying Yong, Claypot Yee Mee....sehingga saya pun tak tahu nak memilih yang mana satu.

Ambil short cut...tanya pada yang pernah makan di sini.

"Apa yang sedap di sini?" tanya saya.

"Cantonese Yee Mee dia sedap," kata yang pernah makan di sini.

Atas cadangannya saya pun order.

Saya memilih Shang Har Cantonese Yee Mee dengan udang galah bersaiz kecil dan minum Limau Asam Boi

Shang Har Cantonese Yee Mee dengan udang galah bersaiz kecil ialah RM18.00 kalau pilih udang galah bersaiz besar harganya RM32.

Apabila dihidangkan Shang Har Cantonese Yee Mee itu, ia nampak amat menyelerakan.  Apabila disuap ke mulut, rasanya tidak mengecewakan. Inilah pertama kali saya memakannya.

Ada yang memilih Hokkien Mee. Apabila dihidangkan, ternyata Hokkien Mee itu amat menyelerakan dan menyesal pula saya tak order.

Hokkien Mee ini membuat saya terliur

Ada pula memilih pau. Ini pun sedap.

Pau gebu

Begitulah makan malam di Restoren Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. Pernahkah anda makan di sini? Kalau pernah, sila kongsikan pengalaman anda makan di sana.

12 ulasan:

  1. Saya pernah makan di Restoran Mohd Chan ini di cawangan Sek 15 Shah Alam. Besar restorannya, dua pintu kedai. Makanannya boleh tahan. Anak2 saya suka dimsumnya...

    BalasPadam
  2. restaurant masakan china muslim.. rasa sedap ingin juga nak rasa menu2 yg ada jual..
    terutama itik panggang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itik panggang halal memang susah nak dicari di negara kita. Saya pernah makan itik panggang di Beijing, sangat sedap.

      Bolehlah kita cuba makan itik panggang di restoren Mohd Chan Abdullah ni. Kalau Sobri dan try, beritahulah saya :)

      Padam
  3. dekat kota damansara pun ada…saya pernah order butter prawn dan daging masak oster..sedap sangat..terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya perniagaan Mohd Chan Abdullah ini semakin maju...tentu ramai yang menggemari masakannya, kan.

      Gambar butter prawan dalam menunya pun nampak menyelerakan. Zila dah cuba dan dah buktikan ianya sedap :) Nanti saya pun nak cuba juga kalau ke restoren ini lagi.

      Padam
  4. Ciku pernah try gak makan Restoran mohd chan abdullah kat area bandar baru bangi.Makan ngan famili..kalau tak silap namanya Nasi goreng Yong Chow dan squid salted egg ..hihi..Ada lagi tempat yang ciku suka makan ala ala gitu better di restoran kat hj sharin low,restoran Wadihana islamic kitchen bangi,Assam House putrajaya,Kayu manis seafood cyberjaya, wantan mi dan dimsum food feberet ciku kat restoran Homist ayer 8 putrajaya..hihi.Banyak la plok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. He..he.. he...macam saya juga Ciku ni...suka makan-makan :)

      Padam
  5. Assalamualaikum...

    Saya pun pernah makan di sini beberapa tahun yang lepas...makananan dia memang sedap dan harga memang berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Najihah
      Najihah pun pernah makan kat sini ya. Yang mana paling sedap bg Najihah?

      Padam
  6. Saya belum pernah try . Kalau saya pergi dimsum ada tak ? Makanan cina sebenarnya sedap cuma nak dapat yang halal tu masalah. Tengok makanan prof kat China masa kembara tu buat saya rasa nak cuba kalau pergi sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa saya ke sana, ada macam-macam makanan yang menyelerakan, jadi tak perasan ada dimsum atau tidak.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...