Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Selasa, 23 Februari 2016

Pengalaman Sebagai Pekerja Ladang di Australia

Bekerja di ladang sebagai pemetik buah-buahan di Australia adalah satu pengalaman yang amat berharga. Walaupun saya pernah tinggal lama di Australia, saya tidak pernah bekerja di ladang, namun saya telah menemui beberapa orang yang pernah bekerja di ladang. Saya pernah catatkan pekara ini dalam entri saya beberapa tahun lalu. Sila klik Di Sini untuk membacanya. Sejak itu saya telah menerima beberapa pertanyaan dari pembaca blog ini tentang bekerja di ladang di Australia, khasnya di Melbourne. 

Baru-baru ini saya telah berjumpa kawan sekolah saya yang baru pulang dari Australia. Menurutnya dia bekerja ladang dan menceritakan pengalamannya di sana. Saya lalu meminta kawan saya itu menulis pengalamannya ini untuk dijadikan panduan dan sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan beberapa orang pembaca blog ini yang ingin menimba pengalaman sepertinya.

Berikut adalah pengalaman kawan saya itu...


Pengalaman Sebagai Pekerja Ladang di Australia

oleh Azam Yusof (bukan nama sebenar)




Pendahuluan


Sejak 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini, iaitu sejak 2013, ramai orang Asia telah mula berkerja di ladang-ladang di Australia. Ini adalah disebabkan orang Australia tidak mahu lagi berkerja di negara mereka sendiri kerana gaji yang terlalu murah. Mereka telah berhijrah ke United Kingdom untuk berkerja di ladang-ladang kerana upah yang mahal dan nilai mata wang yang tinggi. 

Oleh kerana itulah pekerja-pekerja dari negara-negara Asia berhijrah ke Australia dan termasuklah rakyat Malaysia. Oleh kerana kos sara hidup yang tinggi dan peluang pekerjaan yang terhad di Malaysia, maka ramailah rakyat Malaysia ingin mencuba nasib berkerja di sana dengan mengharapkan pendapatan yang lumayan kerana nilai mata wang Australia yang tinggi berbanding Malaysia. 

Saya mengetahui permintaan bekerja ladang di Australia pada September 2015 melalui iklan di media massa tempatan. Saya pun menghubungi agen dalam iklan tersebut. 

Setelah berjumpa, saya pun bersetuju untuk mencuba dan mencari pengalaman berkerja di sana. Agen tersebut pun mengaturkan pergerakan saya ke sana bersama dengan seorang lagi dari Kulai, Johor. 

Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya selama hampir 3 bulan berkerja di ladang-ladang di Selatan Australia iaitu di Victoria dan New South Wales. Tempoh saya tinggal d Australia adalah dari 23 Oktober 2015 sehingga 13 Januari 2016 iaitu 10 hari sebelum visa pelancong saya tamat. Saya tinggal selama 2 bulan di Swan Hill dan 3 minggu di Mildura.


Peta menunjukkan kedudukan Swan Hill dan Mildura di negeri Victoria yang bersempadan dengan New South Wales


Sekumpulan orang Malaysia yang bekerja di ladang peach 

Kategori Kerja dan Pendapatan


Terdapat 2 kategori pekerjaan di ladang di  Australia:

Pertama, bekerja mengikut cara kontrak iaitu pembayaran gaji adalah berdasarkan hasil kerja. 


Jumlah pembayaran gaji adalah mengikut berapa banyak kerja yang dapat dihasilkan. Contohnya, jika petik buah peach, ianya bergantung jumlah bin yang dapat dihasilkan. Satu bin, ada yang AUD28, AUD35, bergantung kepada kualiti buah. Jenis picking pula, ada first pick dan second pick

Kedua, berkerja mengikut  tempoh waktu berkerja berdasarkan jumlah jam. 


Gaji dibayar mengikut jumlah jam seseorang itu berkerja dengan kadar bayaran di antara AUD13 hingga AUD15 sejam. Tempoh waktu berkerja tidak tetap bergantung kepada samada cepat atau lambat kerja itu disempurnakan. Ianya juga bergantung samada banyak atau sedikit hasil yang dapat diperolehi dari ladang. Sebagai contohnya, hasil ladang yang sedikit disebabkan buah-buahan yang tidak banyak.

Buah nectarine yang dipetik dimasukkan ke dalam bin

Jenis Pekerjaan


Terdapat beberapa jenis perkerjaan iaitu prunning, soothing, picking, covering dan beberapa lagi. Senarai kerja ini adalah yang pernah saya lakukan. 

Prunning adalah mencantas dahan-dahan pokok yang tidak berguna dan tidak diperlukan untuk mendapatkan buah yang berkualiti tinggi. Soothing pula adalah mencantas daun-daun pucuk yang tumbuh pada batang anak-anak pokok di tapak semaian untuk menghasilkan pokok yang baik.

Picking ialah kerja mengutip buah-buahan, manakala covering ialah kerja mengawal buah-buahan daripada terkena cuaca terlalu panas atau hujan berlebihan.


Sedang menunggu arahan untuk petik anggur


Permit Kerja


Semua pekerja ladang dari Malaysia menggunakan visa pelancong untuk tempoh 3 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan tiada permit kerja untuk rakyat Malaysia kerana kerajaan Malaysia tiada memohon permit kerja untuk rakyatnya berkerja di Australia. 

Kebanyakan pekerja Malaysia adalah pendatang haram dan berkerja secara tidak sah kerana tinggal di Australia melebihi tempoh visa yang dibenarkan. Ianya berbeza dari negara-negara lain seperti Vietnam, India dan negara-negara Asia yang lain yang ada permit untuk berkerja di Australia.

Suasana di ladang peach Wood Wood, Swan Hill


Kontraktor dan Sub Kontraktor


Pemilik ladang (farmer) di Australia bergantung harap kepada kontraktor pekerja yang akan mendapatkan pekerja untuk ladang-ladang mereka. Kontraktor dan sub-kontraktor akan mendapatkan pekerja-pekerja melalui agen yang terdapat dari semua negara yang terlibat. Kontraktor-kontraktor dan sub kontraktor adalah warga asing dari Asia seperti China, India, Sri Lanka, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan beberapa negara Asia yang lain. 

Kebiasaannya pekerja-pekerja dari sesebuah negara akan diuruskan oleh kontraktor atau sub kontraktor dari negara mereka sendiri. Semua sub kontraktor dari Malaysia adalah orang Cina yang membekalkan dan menguruskan pekerja-pekerja dari Malaysia yang diperolehi melalui agen di Malaysia. Setakat ini saya tidak menemui kontraktor utama (main contractor) dari Malaysia.


Suasana di waktu pagi di ladang anggur menunggu arahan sebelum memulakan kerja

Jenis-jenis Ladang


Pengalaman saya berkerja adalah di ladang buah peach, nectarine dan anggur. Di Australia, banyak lagi ladang-ladang seperti epal, oren, mangga, tomato, cili dan bermacam-macam lagi. 


Pokok peach

Buah peach

Ladang nectarine

Pokok nectarine

Buah nectarine

Saya berkerja di ladang peach dan nectarine selama 2 bulan di Tooleybug, Victoria iaitu 45 km dari Swan Hill. Di ladang peach dan nectarine, saya membuat kerja prunning dan picking.


Anggur merah


Anggur hijau

Covering pokok anggur

Di Mildura, saya membuat kerja picking dan covering pokok anggur. Tujuan membuat covering pokok anggur adalah untuk melindungi buah anggur dari cepat layu akibat  panas matahari dan mengelak dari terkena air hujan terlalu banyak. Ianya akan menjejaskan kualiti buah anggur yang hendak diekspot. 

Di sini, saya hanya 3 minggu sahaja kerana saya sudah hendak balik ke Malaysia. Saya sekadar ingin mengetahui bagaimana berkerja di Australia  serta mencari pengalaman baru.


Berehat di bawah pokok anggur di ladang anggur Mildura


Kesimpulan


Rakyat Malaysia yang berkerja ladang di Australia kebanyakannya melakukan dua kesalahan: 


Pertama,  berkerja tanpa permit pekerjaan kerana menyalahgunakan visa sebagai pelancong. 

Kedua, tinggal melebihi tempoh visa iaitu melebihi 3 bulan.   


Oleh kerana itu, pekerja-pekerja rakyat Malaysia yang berkerja di Australia berada dalam keadaan berisiko tinggi. Ini adalah disebabkan tiada dokumentasi perjanjian atau ikatan di antara tuan punya ladang, kontraktor dan sub konktraktor.  Pekerja tiada dilindungi insuran dan undang-undang buruh. 

Bagi yang tinggal melebihi tempoh visa, mereka telah menjadi pendatang haram. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya, dan pihak imigresen mengetahui, mereka akan dihantar pulang. 

Pendapatan harian juga tidak menentu dan ianya bergantung kepada kemampuan seseorang. Pendapatan yang lumayan sebagaimana yang diberitahu oleh agen adalah tidak tepat sama sekali.


* Ini adalah pengalaman dan pendapat saya berdasarkan apa yang saya lalui dan saya memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan kurang tepat.

54 ulasan:

  1. Assalamualaikum..adakah diantara sahabat2 yg boleh membantu pekerjaan disana..kerana sy bersama 2 lg rakan sy akan ke melbourne 27/2 ni..harap ada yg dpt membantu kami demi rezeki anak2 kami..semoga Allah akan balas jasa tuan/puan amiinn..0192446781 aidil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam...semoga Allah mempermudahkan segala urusan Aidil dan rakan semasa di sana. Aaamiin.

      Padam
  2. Balasan
    1. Ditulis pula oleh orang yang mengalaminya sendiri. Semoga berguna untuk mereka yang ingin cuba.

      Padam
  3. Wow..what a story....! Tiba2 plak saya terlintas di fikiran nak kerja sebulan dua kat sini...hahaha.. just to gain experience... i worked part time at an indian restaurant and a chinese takeway when i was studying last time ... tp dah minta kebenaran uni... kami cuma boleh kerja beberapa jam aja seminggu...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ke Australia untuk bekerja sebulan dua Farikica perlu buat persiapan rapi. Carilah agen yang betul. Berhati-hatilah dan siaplah dengan jawapan-jawapan yang bernas semasa disoal di Imigresen Australia. Selepas habis bekerja nanti, ceritalah semua pengalaman itu dalam blog, ya? :)

      Padam
  4. X payah la sama je pe singapore kerja dekat je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul benang mas :) Ia bergantung kepada tujuan masing-masing, pasti ada perbezaan di setiap negara.

      Padam
  5. Boleh saya dptkn contact saudara/i . ada soalah lah utk sy ajukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi saya melalui facebook saya.

      Padam
  6. bagus blog ni...kenyataan memang susah kt aussie ni...bkn mcm yg kt dgr semua bgs..dlu aku pon pk mcm yg lain semangat gila nk kje kt aussie...tp bila dh smpi rsa mcm mnyesal pon ade..kje ladang boss..bkn kje yg ringan..klo petik sekali dua mmng best tp klo dh beribu kali...hari2 plk tu..pecah jari boss...so nasihat aku pd yg bru nk cb2 tu lupakan aje lah..bkn indah seperti yg didengar..klo ade sikit2 kt malaysia tu pon dh kira bersyukur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bbpickers kerana memberitahu saya tentang kesusahan dan penderitaan bekerja di ladang Aussie. Kawan saya yang menulis rencana di atas ini juga memberitahu perkara yang sama pada saya.

      Padam
  7. btol ape yg ade dlm blog ni...aku stuju sgt2..sebenarnya ape yg kita dengar berbeza dgn ape yg kt alami kt aussie ni...bg pendapat aku baik stay kt malaysia n bersyukur ape yg ade..bkn sng boss kje ladang ni.tiap minggu duit rumah(AUD110) akn dipotong trus..(AUD 35) duit transport...AUD 30 duit mkn kongsi ramai2 serumah (masak ikut turn)..byagkan petik buah dalam ladang yg luas..mmng syok klo petik skali dua tp klo dh beribu kali dlm seminggu...pecah jari boss..aku skrng kt caboolture buat strawberry picking..mmng suffer la..xsng mcm yg kt dgr...lumayan yg mcm kita dgr..akhirnya menyesal mengundang dlm diri.."what the f*uking trays..i dont pay for f*ucking trays..i'am talking about biz..if u wanna stay in this farm and working with me follow my rules..this farm is my life..if u dont take ur bag and get out from here"..mcm tu lah lbh kurang farmer akn ckp kt kt klo kita buat salah..bygkn pg2 dh rebut trolley dgn pkerja lain dr mcm2 negara..pastu nk rebut row/lane strawberry..pastu rebut buah plk..klo petik x ckup spec mmng kn maki hamun..org lain yg petik laju akan sapu semua buah kita klo lmbt..nk jd laju mcm diorg at least 6bln belajar..so pk2 kn lah pd yg berhajat konon kt cni mmng ble buat duit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya simpati dengan kesusahan yang dialami oleh kebanyakan pekerja ladang di Aussie.
      Saya harap pembaca dapat membaca curahan hati bbpickers ini dan belajar darinya.
      Terima kasih atas perkongsian ini.

      Padam
  8. segala yg aku tulis tu adalah pandangan aku dan bkn pandangan majoriti...so jd kan sebagai panduan bg sesiapa yg berhajat..fikir2 kn sebelum terlambat.. nant hutang keliling pinggang kt malaysia dtg sini xbole buat duit plk..lg tambah tekanan hidup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sekali lagi bbpickers...tulisanmu adalah nasihat yang amat berguna.

      Padam
  9. boleh cerita dari mula secara ringkas ? bermula dari airport australia sampai ladang. nak tau nama tempat sebagai rujukan akan datang. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik kelawar,
      Terima kasih di atas cadangan itu. Tapi saya tidak pasti sama ada kawan saya ini akan tulis lagi cerita ini.

      Padam
    2. Firstly mntk maaf klo bahasa aku sedikit kasar ye..aku berangkat dr klia kul 1155pm sampi gold coast kul 950 am wktu oz..imegresen mmng pantang tgok org lelaki malaysia yg dtg sorang atau berkumpulan..diorg akn tya habis2 tujuan kita ke oz.nasib kurang baik korang akan kna than ade yg smpi 4 jam...beg korang diorg selongkar...hp diorg cek...wallet diorg tgok..jd kn buat persiapan rapi...intenerary, tiket pergi balik, duit msti ade sb diorg akn cek bpe duit yg korang bwk..klo xlpas diorg akan suruh balik malaysia masa tu jgk dan automatik di ban..korang declare ape pon yg korang bwk dlm form declaration tu..jgn cb2 nk sembunyi...dr airport gold coast aku amik bas ke stesen keretapi.aku xigt plk namanya..pastu transit kt brisbane dan trus ke caboolture..tambang bas AUD 22 dan keretapi pon AUD 22..

      Padam
    3. Di Melbourne pun imigresennya strict juga macam ni. Kalau duit yang dibawa sikit, mereka syak kita nak bekerja di Oz. Kalau tak ada contact sesiapa di OZ pun agak susah sikit. Tiket balik pun mereka nak tengok.

      Padam
  10. sy akan ceritakan dr 250aud p/w dan skrg 260aud per/day gaji sy...msuk bulan dec nnt genap 7 tahun sy dibumi kanggaroooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerja ape tuan..xnak pkai org ke..hehe

      Padam
  11. Siapa berminat nak dtg kerja aussie, contact aku. Aku takkan pegang duit korang untuk urusan2 kesini. Aku hanya akan ajar cara untuk kesini. Cukup2la melayu ditipu melayu.
    01117947504

    BalasPadam
  12. Saya pernah kja di aussie selama 3 bulan...just utk bercuti dan cari pengalaman. Berkerja di ladang anggur di Robinvile sekadar untuk menampung hidup dan jalan di aussie....seronok kerana satu pengalaman yg menarik...view yg cantik walau hanya di ladang anggur...pemandangan kaki langit yg cantik terutamanya waktu subuh dan senja...penat berkerja klr dari kabin jam 7.00 pagi balik smpi kabin kul 6 petang...tinggal di kabin..kerja x la teruk mana bagi saya cuma ketahanan fizikal dan mental...sebab kerja berdiri selama satu hari berebut troly di waktu pagi..berebut row dan berebut buah...siapa cepat dan pantas berkerja memang blh buat duit...mental pula bila balik dah penat badan kaki sakit tangan luka2 kna gunting rasa macam nak balik time tu juga...apatahlagi cuaca sejuk smpi ke tulang..tpi demi pengalman untuk hidup dan tinggal di negara orang..adalah sesuatu yg berharga ...menjadi memori manis dan yg penting macam nak pgi lagi utk 3 bln..tpi syg cuti tanpa gaji x approve....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Sangat memberi inspirasi.

      Padam
  13. Visa Pelawat Australia ( ETA VISA – RM 20.00 sahaja)
    3D2N - Bandung Shopping Tour – RM 420.00 Seorang
    4D3N - Belitung – RM 780.00 Seorang
    3D2N – Wae Rebo Trekking – RM 1551.00 Seorang
    3D2N – Jojga Borobour – RM 650.00 Seorang

    Mari whatsapp kite +6013 2953 641 – BANG DEHAM

    BalasPadam
  14. Bagi mereka yg beriya betul nk ke aussie.. pergi laa secara berkumpulan.. jgn pergi berseorangan.. dptkn ctck nomb sesiapa yg pernah kerja sana or still keje sana.. avoid using agents as middleman.. they will just con u.. once u begin your job and receive some payment.. open aussie bank acc.. anz pon ok.. sbb kat singapore ada anz.. so senang.. next step is.. simpan duit utk beli tiket blk plk.. dan kalau bole terus beli tiket flight blk.. pastikan sebelum visa 3 bln tamat tempoh.. after that.. buy a car.. second hand.. so senang nk travel or blah if dah xde keje kat situ.. about jobs.. dont worry.. mmg byk..insyallah.. tapi kereta tu penting.. mmg kena byk travel.. kerja kat sana mmg senang.. yg buat susah.. cuma cuaca n kena tahan maki hamun je laa.. dan maybe bosan sebab ngadap keje sama je setiap masa.. cabaran utama sbnrnya cuaca.. panas melampau.. lastly.. jgn laa overstay ye.. buat mcm aku.. 3 bulan aussie.. sebulan msia then masuk semula.. skrg ni dah 3 kali masuk aussie.. alhamdulillah.. semuanya ok.. good luck to u all.. rezeki tu dtgnya dari Allah swt.. tapi kite kena usaha utk capai rezeki tu.. insyallah.. assalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai Tanpa Nama.. menarik cara awak tu.. saya pun berminat nak cuba buat macam tu.. kalau tak keberatan.. boleh emel saya?
      saya ingin belajar dan cari pengalaman macam tu juga..
      please emel sy di azumie98@gmail.com
      thanks!

      Padam
    2. Menang menarik Cara Tanpa Nama, sy berminat juga nak Cari penggabungan macam Tu..Harap dapat Bantu saya..Please email sy juga dija87@live.com

      Padam
    3. Assalamualaikum..saya plan nak pergi ketja sana bulan march ni..harap you dapat bantu saya..pls email saya di dewaharley@gmail.com.tq

      Padam
    4. Assalamualaikum, ws sy 0135137203

      Padam
    5. salam tanpanama,klu xbleh email sy pls..jassham7782@gmail.com sy nk ke ausia so nk tnye byk soalan.tq

      Padam
    6. salam saudara Tanpa Nama. boleh bantu saya dgn email saya redhuanrozalii@gmail.com kerjasama awak membuka peluang rezki saya

      Padam
    7. sye nk g bln8 ni..jom g sme2,xde geng

      Padam
    8. dh pegi ke blom..nk join

      Padam
  15. Boleh tanya soalan x? Email saya boleh? Nak Whasaap tanya soalan.. adasyu11@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila pm saya melalui fb atau email ke notakembara@yahoo.com

      Padam
  16. Saya juga pernah ke sana dan bekerja dlm sektor ladang dan juga bekerja di bandar...

    Mmg ramai yg ditipu disana... Agama? Bangsa? Sudah tiada lagi nilai2 murni bagi manusia yg bertuhankan duit... Asalkan dpt duit, apa saja boleh jadi... Anak bangsa sendiri pun dijual begitu saja utk kepentingan sendiri...

    Tetapi... Lain tempat lain cara... Setelah saya berpindah dari ladang ke bandar... Pekerjaan dan gaji lebih baik dari sebelumnya... Jangan terhenti di satu tempat... Cubalah keluar dari kepompong...

    Susah itu lumrah pengembara... Musafir dan merantau di negara org, mmg lah keadaan tak sama mcm di negara sendiri...

    Rezeki Allah itu luas... Jika disitu tidak berhasil, hijrahlah... Cuba disana pula... Jika disana itu juga belum berhasil... Hijrahlah lagi... Cuba disinun pula... Moga ketemu rezekimu...

    Saya sedang bercuti di tanah air... Akan kembali ke sana sedikit masa lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas perkongsian Fatamorgana.

      Padam
    2. Boleh tak sya minta nmber tuan, untuk pertanyaan lebih lanjut berkaitan peluang kerja di sana. Atau boleh whatsapp saya di 0135461245. ASAP :)

      Padam
  17. terima kasih atas informasinya ,semakin tahu tentang australia

    BalasPadam
  18. Salam. Hebat pengalaman Sis. Blog byk panduan dlm travelling. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.. Kalu kene maki hamun dlm negeri sendiri boleh blk kampong jumpe mak ayah ngadu nasib...heee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Cik Puan Nur. Betul tu kalau kena maki hamun di negeri orang memang sedih sebab jauh dari mak bapak. Terpaksa telan juga. Itulah nasib anak rantauan.

      Padam
  19. sy adaa rencana nak ke aussy, but, vissa kerja sangat mahal di indonesia. jadi fikir buat berangkat :)

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum wrt wbt
    Pngalamn kami di melb.werribee...ladg swanhill cina penang ke shepparton.
    Kontrktor iraq,moorona,echucha.

    .ladg oren,peac,cheei,tomato,pear..hhuuumakan nuah Segar dr ladg tuu memori indah!!!lain2 amat mencabar

    Wanita x digallakknn sgt..susah jaga!!! Bab solat..kuatkan jiwa krn ladg x de air


    H

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norfillah masih kat oz lagike??

      Padam
    2. Slm..norfillah..nk tnye klu pergi family ok ke utk duduk sana..sbb sepupu nk g aussie utk keje..dia nk bawa isteri n ank2..tp xsure kwsan tu blh bawak kuage atau x..n norfillah msh kat aussie ke

      Padam
  21. Slm, sape berminat utk join group ke Melbourne pd awal bln 9 ni sila wasap 0172936717 Azizan. Tidak melalui agent, sy ada contact member2 dgn kontraktor area swanhill, robinvale, mildura, coff harbour. Bajet tiket return rm 1500 2000, ETA visa rm 25, booking hostel rm 80, duit poket rm 1000-15000. Jadi bajet rm 3000++ dah blh smpai sana cari kerja. Bln 9-12 (spring) memang byk keja kat Australia!!

    BalasPadam
  22. salam,sapa nak bekerja di australia ,saya boleh guide korang, wasap 0142621003,saya disana 1 tahun lebih, 2015 ke 2016, pernah dapat gaji jam 17aud sejam,janji kena rajin usaha dan sabar....

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...